Monday 4 March 2013

Laporan Guru Bertugas....suatu perubahan


Skrip saya untuk laporan guru bertugas mingguan semasa perhimpunan.

Isu: pelajar datang lambat, tidak bawa buku pelajaran, tidak menyiapkan kerja rumah, kebersihan kawasan sekolah dan tidak memberi tumpuan dalam kelas.

Saya menggunakan teknik menyoal akhlak (hadis rujukan Abu bakar masuk Syurga)
"Siapa yang datang sebelum pukul 12.30 tghr"
"Siapa yang bawa semua buku-buku untuk pelajaran hari ini?"
"Siapa yang sudah menyiapkan semua kerja rumah yang cikgu bagi minggu lepas"
Saya memuji pelajar-pelajar yang angkat tangan.
"Sesungguhnya pelajar yang datang awal kesekolah, membawa buku-buku pelajaran dan menyiapkan kerja rumah adalah pelajar yang bertanggungjawab. Pelajar yang bertanggungjawab pasti akan berjaya pada masa sekarang dan akan datang."
Seterusnya saya gunakan teknik menerangkan peraturan.

(Rujukan: Hadis Baju nipis Asma’)
"Pelajar-pelajar,  sesungguhnya semua orang di sekolah ini tidak dibenarkan membuang sampah dikawasan sekolah kecuali ke dalam tong sampah."

(Rujukan: hadis Orang Badwi kencing dalam masjid)
"Wahai pelajar, didalam kelas adalah tempat belajar. Pelajar mesti memberi tumpuan dalam kelas, tidak boleh membuat bising melainkan guru mengadakan aktiviti yang membuat kamu berbincang."

Saya akhiri laporan dengan pujian kepada pasukan bola sepak yang mewakili sekolah pada minggu lepas, saya tetap mencari kelebihan mereka walaupun mereka tewas pada pusingan suku akhir.

“Cikgu mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah yang berjaya menumpaskan SMK  Taman Maluri,  SMK  Sains Selangor, Sekolah Sri Sempurna dan SMK Dato’ Onn. Saya percaya dengan latihan yang lebih giat, disiplin yang tinggi dan semangat yang membara, kamu boleh mewakili Malaysia ke Piala Dunia suatu hari nanti.”
Tidak sangka, soalan-soalan akhlak saya itu mendapat ulasan Penyelia Petang yang menyampaikan ucapan selepas itu.

(Saya sedang berusaha mengubah amalan lazim laporan  guru bertugas yang melaporkan amalan negatif pelajar yang sama setiap minggu)

3 comments:

  1. Good job Tini :) Pasti self esteem pelajar telah meningkat dan insya Allah guru lain akan cuba mengamalkan sunnah

    ReplyDelete
  2. terima kasih tini atas perkongsian yang kreatif dan menarik ini. Kami yakin pasti ramai yang teruja untuk mencontohi dan meneladaninya. Termasuk Penyelia Petangmu. Hee.

    menurut guruku, antara konsep di dalam hadis abu bakar masuk syurga adalah..
    1. Ada 4 soalan pujian, soalan pujian yang pertama adalah kebaikan yang telah dilakukannya untuk dirinya, dan soalan2 pujian yang seterusnya adalah kebaikan yang telah dilakukannya untuk orang lain.
    2. Semua soalan yang membolehkan semuanya dapat peluang mengangkat tangan.

    terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini, tini. All the best tini!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudarai (tak pasti lelaki ke perempuan, tp mcm tahu je gaya tulisan ni) Abdullah, terima kasih atas perkongsian, saya baru dpt tahu kriteria soalan pujian macam tu. apapun sgt berterima kasih, inilah tujuan saya menulis, mohon ditambahbaik dgn ilmu yang org lain dapat juga. kongsikan juga skrip2 anda...;-)

      Delete