Saturday 13 October 2012

Biarlah....

Terasa?

Saya bertanya pada diri sendiri di Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 hari ini.

Mungkin... tetapi saya tidak mahu melayan, saya memujuk diri...
 Tuhan sedang berbicara denganmu makna ikhlas. 
Minda mengimbau kenangan lima tahun lalu, tahun pertama rasmi menjadi guru, segalanya baru. Saya perlu pantas belajar kerana di alam kerjaya serba mencabar, tidak tahu bukan alasan untuk tidak buat kerana kita hanya boleh dimaafkan untuk kesalahan pertama.
Saya masih ingat, semasa melapor diri dibilik pengetua, saya diberitahu esoknya hari sabtu ada majlis graduasi sekolah, dan saya  wajib hadir kerana sudah menjadi sebahagian kakitangan sekolah. saya akur walaupun terkial-kial dengan segala suasana yang baru.
Bermula hari itu, saya tidak pernah ketinggalan mengikuti Hari Graduasi. Tentu, saya hanya sekadar AJK kecil-kecilan, dan saya sekadar pemerhati suasana itu kerana saya sedar siapa saya dalam kehidupan mereka.
2008 saya mengajar semua, lima kelas tingkatan 1, dan menjadi guru kelas salah satu daripadanya.
2009 saya mengajar semua tingkatan 2, juga guru kelas salah satunya.
Dua tahun saya bersama mereka...hampir semua nama dalam ingatan. Kumpulan pertama pelajar saya....
2010-2012, saya bagai di sekolah baru, sebahagian mereka sudah tidak mengenali saya.
Hari ini...saya bagai tidak pernah wujud di sini.....
Saya tidak meminta diambil gambar, apalagi dicium tangan...cukuplah sekadar sapaan...
Ya..pelajaran tingkatan satu tidak ada dalam SPM....
Walaupun tiada seorang pun yang datang berkata
"cikgu, doakan saya"   saya tetap akan berdoa
SEMOGA KALIAN BERJAYA.....MENJADI MANUSIA


Saya audit diri....akur kelemahan, sentuhan masih belum menyengat, kasih belum tersemat, sepatah kata mungkin tidak diingat, apalagi secebis nasihat...
Maafkan cikgu andai pernah menyakiti....semoga menjadi dikemudian hari.


4 comments:

  1. Hmm... tharu...sbb sy juga akan rs perkara yg sama...tp benar ...kita perlu ikhlas..

    ReplyDelete
  2. Dik, jangan dilayan rajuknya hati.

    Sebaliknya, mari kita nikmati segala yang ada di depan mata.
    Di setiap detik laluan kita tersimpan kenangan dan pengalaman mahal yang tidak dijual dan tidak boleh dibeli.

    Lalu, harung, telanlah dengan seketul sabar dan teruskan langkah!

    ReplyDelete
  3. Allah sedar keberadaan dirimu... kerana dalam hidup ini, kita hanya perlu ALLAH

    ReplyDelete
  4. seperti saya katakan apa posting pertama dlm blog ini, menulis untuk menasihat diri dan nyata, tiada apa harus saya kecewa, rajuk atau apa sahaja,
    benar kak marya, tidak akan pernah berhenti melangkah

    ReplyDelete